Sinopsis: Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu.
Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah.
Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.
Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).
Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Episod 13 - 14 Mei | HotF | MedF - Akhir
Episod 12 - 07 Apr | HotF | MedF
Episod 11 - 30 Apr | HotF | MedF
Episod 10 - 23 Apr | HotF | MedF
Episod 09 - 16 Apr | HotF | MedF
Episod 08 - 09 Apr | HotF | MedF
Episod 07 - 02 Apr | HotF | MedF
Episod 06 - 26 Mac | HotF | MedF
Episod 05 - 19 Mac | HotF | MedF | Online Video
Episod 04 - 12 Mac | HotF | MedF
Episod 03 - 05 Mac | HotF | MedF
Episod 02 - 27 Feb | HotF | MedF
Episod 01 - 20 Feb | HotF | MedF


13 komen:
Episod 07 x uploud ag k??
hehe White lady, agak2 la soklan, kan baru nak men pkul 9mlm ni..
update terkini plisss
sabar wahai abdrahaman solihin.... 15-20mnt lg
salam,,,saudara,,,episode 11 xde ke..????maaf tanya..
ada.. hari ni update.. smlm 'busy' tgk citer warriors of heaven n earth ditv3 best..
kaze, knp medf ep11 invalid file???
tq...
la dh kene delete ka,.. orait dh update baru..
encik kaze, sy nk request crite drunken master yang jackie chan berlakon tu boleh tak? mlm td ade siar kat tv.. terlupe pulak tv mane 1.. hehe
thanks en. kaze..
aiiya mlm smlm mcmana nk rekod.. aiyoo.. try google kat thepiratebay.se (torrent) mgkn ada..
ooo... kene bgtau awal2 ye encik kaze... ihihi...
Catat Ulasan
Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)
Guys, klu boleh jgn pilih tanpa nama, sekurangnya pilih la Name/Url,
yg ada nick jer kaze reply ;-)
**Perhatian guys, komen yg ada link akan kaze delete, sb Google akan anggap post ni sbg SPAM. So akan jejaskan ranking SERP. Sorry guys.