Sinopsis: Pulau mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Pelbagai cerita misteri tentang pulau ini telah didengari, namun adakah ia cuma khabar angin… atau adakah ia benar? Antara mereka yang mengikuti pelancongan ini adalah Yana (Sharifah Amani), seorang blogger terkenal yang sering mengupas tentang isu-isu semasa, Azri (Bront Palarae), seorang usahawan muda, Aqilah (Natasha Hudson), seorang pramugari, Noni (Amyza Aznan), Pali (Chomatt Samad) dan Pian Komando (Sufian Mohamed), krew bot dan Madam Zara (Fazlina Dato’ Haji Ahmad Daud), pemilik agensi pelancongan tersebut.
Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar, mereka menemui kemalangan yang menyebabkan bot mereka rosak lalu terdampar di pulau itu tanpa sebarang keperluan asas. Setelah mereka sedar, bot mereka tidak kelihatan lagi dan lebih mengerikan apabila mereka menemuimayat salah seorang daripada pelancong itu. Mereka mula belajar cara hidup di hutan, menyedari hakikat yang mereka tidak boleh berhubung dengan dunia luar serta tiada makanan dan punca air yang bersih.. Lebih mengerikan ialah apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar di antara mereka. Misteri pulau ini dan setiap kematian di situ makin lama makin terungkai apabila masing-masing yang masih hidup nampak signifikasi setiap kejadian yang berlaku.
Singkap misteri yang menyelubungi pulau ini di dalam drama Pulau menerusi slot 9X pada setiap hari Rabu jam 10.30 malam dan juga siaran ulangannya pada hari Ahad jam 10.30 malam.
Episod 08 | HotF | MedF (Akhir)
Episod 07 | HotF | MedF
Episod 06 | HotF | MedF
Episod 05 | HotF | MedF
Episod 04 | HotF | MedF
Episod 03 | HotF | MedF
Episod 02 | HotF | MedF
Episod 01 | HotF | MedF


16 komen:
episod..2 mana??
a'a nasib bek ko igt, lupa dh.. dlm proses
kaze episode 3 ehh jgn lupa =)
eh tlupanya dlm proses, smlm penat dh byk update nk pengsan hehe..
so Erin jgn lupa tlg share2 kan jgk kat fb ek, tq
kaze yaa semestinya..kepalabergetar ni mmg km sllu suggest kat mber2
yasmine
kaze nnt please upload ep 4,,,,tq
a'a dlm proses..
kaze,episod 5 xde ke
eh ada.. kan baru abis td. plan kaze esok update link.. mlm ni dh byk sgt dh update, tak larat dh.. ni baru 1 blog, update blog yg lain2 lagi..
kaze byk blog ke?bg link2 blog lain...
epi 6 xde ke
ada, kjap lg kaze update..
kaze,episod 7 xde ke
kaze episod 8 xde ke
a'a la tlupe.. jap.. tggu sejam lg
Kaze, Jangan Ambil Padang Kami x de ker?
Catat Ulasan
Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)
Guys, klu boleh jgn pilih tanpa nama, sekurangnya pilih la Name/Url,
yg ada nick jer kaze reply ;-)
**Perhatian guys, komen yg ada link akan kaze delete, sb Google akan anggap post ni sbg SPAM. So akan jejaskan ranking SERP. Sorry guys.